
Hitam putih kehidupan seringkali diwarnai oleh warna-warna si Pelangi.
Membuat mataku sentiasa gembira melihat cerianya sebuah kehidupan.
Semoga warna-warni ini tidak pudar tatkala dilanda hujan,
tatkala dilanda ombak yang tidak pernah berhenti memukul, menghempas pulas.
Semoga warna-warni yang ku miliki ini mampu menerangi dan menceriakan orang lain.
Semoga hitam putih kehidupan tetap menjadi peringatan buat diri.
Agar tidak leka dan terus berwaspada.
Agar aku sadar, bahawa amanah masih tetap menanti.
Amanah dari Illahi,
supaya memenuhi kanvas-kanvas kehidupan sehingga menjadi
potret yang indah berlandaskan Redha Illahi.
Warna-warni Cinta Illahi kepada hambanya yang hina ini..
Asytaq ilaika ya Rab. Ya Rab, Apakah kami pantas mengharapkan SyurgaMu, sedangkan amat sedikit amalan dan pengorbanan yang telah kami lakukan untukMu, RasulMu dan AgamaMu...
Aku bukan seorang pujangga.
Bukan juga ahli sastera.
Namun aku hanyalah manusia biasa,
yang mendambakan RedhaNYA~
alfaqir walhaqir ila rabbiha.
fida fityatalhaq (pena)
0 comments:
Post a Comment