Monday, September 5, 2011

Cahaya Cinta~





Setiap kali pena mula berbicara, sentiasa berada di lintasan minda dan hati adalah untuk menyampaikan kebenaran. Bukan kerana ingin dipandang tinggi, apatah lagi dipuji. Tetapi, hanya sebagai pengongsian agar dapat dibuat pedoman. Apa yang baik, ambillah, namun yang buruk dan kekurangan diambil iktibar. Sungguh, segala apa kebaikan yang akan disampaikan pada hakikatnya adalah dari Allah swt dan keburukan pula dari pena yang serba kekurangan sebagai makhluk Maha Pencipta....


Jika kita mengatakan tentang soal hati dan perasaan, siapa agaknya yang tidak tahu akan namanya Cinta? Cinta ada banyak versi, cinta monyet, cinta Illahi,cinta anak, cinta suami-isteri, cinta kebahagiaan, cinta-cinta bermusim, cinta angan-angan, cinta manusiawi, cinta harta, cinta dunia, cinta akhirat, cinta negara. Fuuuh..banyak sungguh versinya. Tetapi apakah cinta yang sebenarnya? Pena sendiri masih mencari jawapan yang tepat. Tapi apa yang pena yakin, jika disebut cinta, pastinya seseorang akan sanggup berkorban perasaan, masa, harta, nyawa, jiwa raga kepada sesuatu yang dicintainya kan. Tidak kira akan hati yang akan terluka dan berdarah kerana ingin melihat yang dicintainya itu bahagia. Maka beruntunglah bagi mereka yang meletakkan cinta pada kekasih hati Allah dan Rasul melebihi dirinya dan orang lain.


Namun, pada hakikatnya pena tidak ingin menceritakan mengenai hamba-hamba Allah yang sungguh sempurna. Kerana pena tidak begitu, banyak telah dicoretkan didalam manuskrip-manuskrip kehidupan mengenai mereka yang biasa-biasa, seperti pena. Pena harus berterus terang, pena bukan seorang malaikat yang benar sentiasa, baik sentiasa, sempurna sentiasa. Panggilan malaikat itu, tidak sesuai bagi jiwa pena yang bersifat mujahadah, kata melayunya pula, seorang pejuang. Iya, cuba lihat, sifat malaikat itu sungguh sempurna, sentiasa akur akan perintah Tuhan, tidak pernah melawan, tidak pernah ingkar, imannya tetap. Namun sikap pejuang pula sentiasa melawan dan berusaha, tidak sedikit yang terjatuh didalam perjuangan, namun tetap bangga kerana bangkit dari kegagalan. Perjuangan itu bukanlah dengan mengangkat senjata didalam peperangan, atau berlawan untuk menjadi orang yang terhebat dimata dunia, tetapi perjuangan yang terbesar adalah melawan hawa nafsu kita sendiri. Iya,, hawa nafsu. Musuh ketat kita, setelah syaitan durjana.

Usahlah bersedih, andai terjatuh tersungkur,, pena sendiri sudah banyak kali terjatuh, memang sedih. Kata orang, sedih giler rabak punyer...Berehatlah seketika, bermuhasabahlah agar semuanya kembali pada fitrah, iaitu kembali pada pesanan Allah dan rasulNya. Sedikit demi sedikit, kenalilah kekasih hati ini, seperti pena, baru sahaja melangkah kealam percintaan ini secara serius selama tiga tahun yang lalu. Lambat dari teman-teman yang lain. Entah kemana agaknya tahun-tahun sebelum itu, nak kata jodoh, sudah ada didepan mata. Mungkin, Cuma tidak dapat petunjuk lagi. Proses untuk berjumpa kepada kekasih hati pula, memakan masa bertahun-tahun lamanya. Tarbiyah bermula ketika pena berumur sekitar 12 tahun. Sepertinya, diri pena dirombak-rombak, dulu yang liat untuk melangkah ke masjid dan pengajian, telah berubah menjadi seorang yang merindukan majlis-majlis taalim. Dulu, seorang yang suka makan perkara-perkara syubhah, telah disekat pemakanannya kerana masalah kesihatan. Kini, lebih berhati-hati, apatahlagi, ustaz tahfiz amat tidak menggalakkan kami untuk pergi ke kedai-kedai ‘fast-food’. Dulu, seorang yang katanya muka seperti makan asam sentiasa, kini, lebih kepada seperti makan gula-gula.

Namun segalanya ada hikmah, sesekali pena diuji, pena selalu terdiam. Kadang-kala, terfikir juga..it make no sense, why this and why that?? Tetapi , Allah itu amat menyayangi hambaNya. Dia tahu apa yang terbaik untuk diri hamba-hambaNya. Dia juga yang memberi hidayah dan kesesatan kepada kita. Jika mahu-Nya Sesat maka, jika dikumpulkan manusia seisi dunia, dari lapisan dan golongan nescaya tidak dapat merubah juga seorang ini. Tetapi jika mahu-Nya jalan petunjuk, cukup dengan seorang atau apa juga peristiwa dalam hidup seseorang dapat merubah hati orang tersebut. Kita? Perlulah sentiasa berdoa agar sentiasa berada didalam keredhaaNYA. Tambahan pula, hati-hati kita sentiasa berubah-rubah. Tidak menentu. Hari ini mungkin pena akan bercerita tentang post ini. Lain kali, tidak sapa tahu, pena akan bercerita tentang hal yang membawa kepada kelalaian pula. Tidak siapa yang dapat menjamin. Semoga dijauhkan..Dan kerana itulah amalan nasihat menasihati itu amat bermanfaat kepada yang namanya manusia. Fitrah manusia itu, lupa dan alpa.

Cahaya cinta~ seperti orang yang sedang bercinta, setiap apa yang berlaku dirasakan manis...Bahagia aman. Kekadang cinta, membuat orang yang sedang bercinta itu tersenyum seorang kerana mengenangkan kenangan manis bersama. Ada masa kita menangis, ada kalanya pula marah, adakalanya bingung. Ketahuilah, tanpa cinta kita akan rugi. Tanpa cinta, ibarat potret tanpa warna. Lukisan tanpa gambar. Puisi tanpa kata-kata. Ada muka, tetapi tiada mata, hidung, mulut dan sebagainya. Kosong, tiada keindahan. Kerana itu,, carilah cinta,, rasailah cinta,,kepada yang selayakNya. Cinta akan datang dan hadir pada jiwa yang cerah,, ia juga akan menembus hati ibarat cahaya. Usah keruhkannya dengan perkara yang sia-sia. Hadapilah cinta dengan bahagia dan bukan sengsara. Barulah kini pena memahami apa yang dimaksudkan oleh BUYA HAMKA bahawa:



Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.





Selamat mencari Cinta~~~

Salam sayang dari pena aka fida fityatalhaq

0 comments:

Post a Comment