Thursday, September 8, 2011

Alkisah cerita 'Dibawah Lindungan Kaabah'~



::cerita di pagi hari::

Sedang saya pergi 'survey2' tiket untuk cerita 'dibawah lindungan kaabah' yang akan ditayangkan hari ini. saya dapati, tiada publisiti yang meluas dari tempat pawagam. Tiada banner, tiada announcement di skrin TV, seprti cerita-cerita lainnya. Mungkin, aku tersilap hari..tanya dalam hati. Tapi, cubalah tanya juga di kounter.

" Boleh berbahasa Melayu?" sambil tersenyum, semoga tidak terasa. sengaja saya bertanyakan begitu, kerana dia bertutur bahasa orang puteh.

" Boleh-boleh" jawabnya gembira. mata sekilas melihat nama yang tentera, namanya sri. cantik, macam orangnya juga, berseri-seri.

saya pun bertanya sri mengenai cerita yang akan ditayangkan itu.

jawabnya ringkas: hurmm..ada, tapi cuma dua waktu sahaja.

saya: oh,, pukul berapa ?

sri: terdiam, sambil menunjukkan skrin booking tiket.

saya: aikk,, kenapa malam sangat? dua waktu tersebut, 11.55 - 2.20 dan 2.55-5.20. kalau tidak silap begitulah, tak ingat spesifik waktunya.

sri: tulah,, saya pun tak tahu. melihat wajahnya pun, seakan bingung, terkejut pun ada.

saya: ok , terima kasih ya. o iya, ermm..sebelum saya ada orang yang beli tiket ni tak? hehe..

sri: before you, only six people...kembali dia berbahasa orang puteh, mungkin tidak sadar. Tetapi saya tidak tegur, layan saja.

saya: hah? haha..*wondering**** ok aniwae, thank you sis. Aku pula yang berbicara bahasa asing tu. Sebenarnya bukan tidak reti, cuma tidak mahu sahaja, kan lebih baik kita bicara bahasa ibunda, sesama kita..lebih cantik, punya identiti sendiri.

sri: sama-sama. aik..terkena saya.senyuman tak pernah lengkang. saya pun berjalan pulang.

Sehingga kini, saya masih tertanya, mengapa cerita ini, tidak terus dipublisitikan kepada masyarakat secara meluas? selain daripada diwawarkan didalam Berita Harian (Singapura). Apakah kerana faktor, cerita ini adalah islami dan membawa mesej agama? atau memang masyarakat tidak suka akan cerita genre tersebut, sehingga pihak pawagam me'limit'kan waktunya kepada 2 waktu sahaja. malam pula tu, disaat insan semua sudah mula dibuai mimpi.

Apapun, semoga cerita ini ada manfaatnya. Malam ini, kita jadi burung hantu lah nampaknya.

Selamat hari Lahir buat kekanda, abang sulungku Muhammad Fadhil ( 10 sep) dan terima kasih kepada abang keduaku, Muhammad Yazid diatas kesudiannya menemankan kita layan cerita malam ni.


Fida Fityatalhaq (pena)

2 comments:

  1. boleh ke org islam pergi tgk wayang??sye pn konfius ni ade setgah kate ble ade x ble

    ReplyDelete
  2. anonymous, insyaallah sy akan buat post entry baru ttg perkara ini. tapi, boleh saya tahu, siapakah gerangan anda? boleh bagi email atau tinggalkan link blog..thank you many2.

    ReplyDelete