Tuesday, August 23, 2011

Yang menjadi kebanggaan-




8th Ogos 2011



Satu hari lagi ke tarikh kemerdakaan Singapura. Tarikh 9 Ogos 2011. Kemajuan telah terserlah, kedamaian dan keindahan terasa dipelusuk Singapura. Namun apakah benar atau kerana rakyat telah dikaburi dengan bermacam-macam kepentingan peribadi. Sering rakyat dimomok-momokkan dengan akibat jika mencampuri urusan negara. Haluus caranya tetapi mematikan!


Rakyat dikaburi dengan material, pembangunan, sehingga pendidikan hanya untuk bekerja pada masa hadapan dan bukan kerana menegakkan kebenaran. Ahhai! sayang-sayang.



Aku bangga jadi rakyat ini. Tapi apakah benar?



Semangat nasionalisme terhakis dari pemuda-pemudi. apakah itu yang aku banggakan, atau kerana ayahku perlu bekerja bertungkus lumus hingga punya dua pekerjaan untuk menyara kami sekeluarga. apakah itu yang aku banggakan.



Yang kaya terus menjadi kaya. Manakala yang miskin diberi bantuan meluah-meluah. Tetapi golongan pertengahan inilah yang menjadi mangsa antara kedua. Kaya tak jadi, miskin tidak pula menjadi. Bantuan kepada si miskin meluah-luah, sehingga seakan-akan mereka telah menjadi jutawan senyap. Sungguh kelakar, golongan pertengahan hanya memiliki telefon biasa tanpa kamera tetapi yang diberi bantuan memiliki iphone 4 dan yang terkini. Sungguh kelakar, golongan pertengahan hanya menaiki bas dan kenderaan awam, tetapi yang diberi bantuan memiliki dua kereta. Sungguh kelakar ya...tetapi itulah realiti. Pengutip derma didepan masjid pula, berpakaia lusuh tetapi menaiki BMW,,pelik? tetapi kenyataan. Aduhai,,ada yang tidak kena. Isu kapitalis pula semakin hangat dibincangkan..tetapi apakah ramai yang peduli?



Persiapkan diri untuk menghadapi kebenaran. Kebenaran pasti akan muncul tiba dengan usaha, Dengan atau Tanpa ku. Wahai pemuda-pemudi, teruskan membiasakan kebenaran dan bukan membenarkan kebiasaan...





Yang masih mencari kebenaran.



Fida fityatalhaq. (pena)

1 comments:

  1. Slm Rafidah, apa khbr? Bagus, sudah bc. Hm, cuba lari dr klise. Tulis pasal ni pula, kehidupan Muslim di Singapura. Mesti superb punya! X nak join IPIkah?

    ReplyDelete